Monday, February 2, 2009

Luahan Rasa Seorang Perempuan

Dalam mata dunia setiap kata-kata setiap gerak-geri seorang perempuan begitu bermakna...Andaikata langkahnya pincang rentaknya lari dari tempo sebenar maka itulah diri seorang perempuan yang mahkotanya tanpa seri maruahnya tak lagi bererti...Tapi pernah tak terdetik dalam hati untuk menyelami dirinya atau mendengar keluhannya...Mungkin jalan itu bukan pilihannya atau terlalu pahit kehidupan yang dijalaninya sehingga dia pasrah dengan ketentuan...Bukan mnyalahkan takdir Illahi tapi membiarkan kehidupan yang kejam ini menentukan arah tuju dirinya esok hari... Realiti kehidupan hari ini lebih banyak durjananya dari keindahan yang hanya wujud dalam pandangan mata seorang anak kecil...Kadang-kadang dari menghebahkan kekejaman yang dilakukan Israel mungkin kita harus menelek diri pernahkah kita meletakkan sesuatu bukan pada tempatnya... Mungkin kita juga patut bertanya banyak mana lagikah perikemanusiaan yang tinggal dalam hati kita sendiri...Seorang lelaki yang dijadikan Allah sebagai pemimpin kepada kaum wanita adakah telah melaksanakan tanggungjawabnya? Jika anda seorang lelaki pernahkah anda terfikir segala ilmu di dada di praktikkan atau sekadar kata-kata yang dikongsi bersama...Benarkah seorang perempuan itu hina bila mahkotanya diserahkan pada jejak yang dicintainya...Atau..jejaka itu lebih hina kerana meragut hak seorang gadis tanpa pernah merasakan kasih sayang itu...Salahkah seorng perempuan jika kepercayaan pada kekasih hati tinggal 1% bila kenyataan hari ini menunjukkan lelaki semakin jauh dari setia...Mungkin masih ada lelaki yang mampu membentuk seorang perempuan menjadi wanita Muslimah tapi semakin tenggelam dan hilang..Luahan ini bukan mahu mewujudkan semangat 'feminism' tp mungkin pandangan ini membantu kita melihat apa yang terjadi dari sudut yang berbeza...

No comments:

Post a Comment